Assalamualaikum & Salam sejahtera … Pertembungan sensasi antara ATM menentang Selangor berkesudahan berpihak kepada ATM dengan jaringan 2-0. Kemenangan ini sekaligus melonjakkan ATM ke persada Liga Super 2013 dengan mengutip 14 mata daripada 7 perlawanan. Selangor yang tewas jatuh ke tangga ke-3 dari persada liga. Nampaknya Selangor masih belum betul2 konsisten walaupun nampak bermain dengan baik. Tiada serangan dan percubaan yang dianggap betul2 berbahaya dalam perlawanan ini. Peluang Selangor yang agak berbahaya hanya sekali iaitu daripada Syukur Jusoh yang terkena tiang gol ATM. 2 gol ATM telah dijaringkan oleh 2 pemain import mereka iaitu Bruno Marteletto & Marlon Alex James.
Liga Super 2013 : Selangor vs Kelantan
Assalamualaikum & Salam sejahtera … Perlawanan antara Selangor menentang Kelantan semestinya adalah yang ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tempatan, lagi-lagi penyokong antara dua pasukan ini. Pastinya perlawanan ini dijangka sengit. Perlawanan yang diadakan di Stadium Shah Alam ini akan menjadi tumpuan bagi Liga Super pada minggu ini yang menampilkan perlawanan ke-6 musim ini setelah berehat lebih 2 minggu. Pastinya Selangor akan bermain berhabisan dengan kelebihan bermain di tempat sendiri. Perlawanan ini berkesudahan dengan Selangor berjaya menewaskan Kelantan hasil jaringan 2 awang import iaitu Fokey Doe Dan Ramesh Dayoub.
Keputusan penuh : Selangor 2 – 0 Kelantan
Liga Super 2013 : Selangor vs Pahang
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera … Perlawanan Liga Super 2013 untuk 19/1/2013 menyaksikan Selangor FC akan menentang Pahang yang kini menghuni persada liga. Pastinya perlawanan ini adalah perlawanan tumpuan untuk minggu ini. Bermain di tempat sendiri diharap menjadi kelebihan bagi Selangor FC untuk menumpaskan Pahang. Perlawanan ini pastinya sengit yang mana Pahang turun untuk mempertahankan kedudukan teratas Liga Super. Selangor pula inginkan kemenangan di tempat sendiri dan memungkinkan mereka naik menggantikan Pahang. Apapun pastinya perlawanan ini amat menarik.
Keputusan Selangor vs Pahang : 3-2
Wordless Wednesday @ 160113
Liga Super 2013 | Terengganu vs Selangor
Assalamualaikum & salam sejahtera ….. Selangor FC akan bertandang ke Kuala Terengganu untuk perlawanan ketiga Liga Super 2013 petang ini (15/1/2013) pada jam 4.45ptg. Ini merupakan perlawanan sesi petang pertama bagi Selangor FC pada Liga Super 2013 ini. Harapan agar Selangor FC bermain dengan baik pada petang ini untuk satu keputusan kemenangan di Kuala Terengganu. Untuk rekod perlawanan terakhir di Kuala Terengganu menyaksikan Selangor FC tewas 3-0 pada perlawanan Liga Super 2012 yang lepas. Apapun barisan pemain kedua2 pasukan pada kali ini adalah berbeza dan berharap bekas penyerang Terengganu yang kini bermain dengan Selangor FC iaitu Fokie Doe dapat membantu untuk kemenangan pada petang ini.
Keputusan Terengganu vs Selangor : 1 – 2
Continue reading
Power Bank untuk Smartphone
Assalamualaikum & Salam sejahtera … Pengguna smartphone kini pasti mengalami satu masalah yang sama iaitu kuasa bateri yang tidak tahan lama bila digunakan secara berterusan. Paling lama boleh bertahan pun biasanya 1 jam, itupun jika smartphone yang digunakan menggunakan bateri berkuasa 1850mAh ke atas. Maka terpaksalah ada diantara kita sentiasa membawa pengecas bateri mahupun membeli extra bateri untuk mengatasi masalah ini. Mungkin masalah ini boleh diatasi dengan adanya produk power bank yang semakin mendapat perhatian pengguna smartphone.


