Assalamualaikum & salam sejahtera …. Apa kahabar semua sahabat moga dalam keadaan sihat serta baik dalam semua urusan. Kali ini saya nak buat sedikit preview mengenai buku bertajuk 33 Amalan Mendidik Anak Soleh yang bagi pandangan saya mesti dimiliki oleh kita semua. Saya tertarik untuk memiliki buku ini atas cadangan tuan kedai buku tersebut. Buku ini hasil nukilan Ustaz Mohammad Subki Abdulrahman Al-Hafiz dan ustaz Mohd Rifqi Myiddin. Buku ini juga mendapat ulasan serta kata aluan dari Ulama Terkenal iaitu Tuan Guru Haji Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Setelah diteliti pada pandangan saya buku ini memang mesti dimiliki bagi pasangan yang mahu berkahwin atau baru berkahwin mahupun yang sudah memiliki cahaya mata.
Buku ini mempunyai 14 bab yang menekankan 33 amalan bagaimana untuk mendidik anak menjadi soleh mahupun solehah. Dari amalan zikir, doa mustajab, Doa dari ayat Al-Quran serta Surah-surah dari Al-Quran yang perlu diamalkan. Selain itu buku ini juga memberikan tips serta petua cara islam antaranya tips ketika melakukan hubungan intim, tips memberikan nama anak dan lain2 lagi.
Isi Kandungan buku 33 Amalan Mendidik Anak Soleh
Amalan 1 : Solat Sunat Istikharah Memilih Pasangan Amalan 2 : Solat Sunat Pengantin dan Doa Selepasnya Amalan 3 : Pegang Ubun-ubun Isteri & Berdoa Memohon Kebaikan Amalan 4 : Doa Sebelum Hubungan Kelamin Amalan 5 : Doa Selepas Hubungan Kelamin Amalan 6 : Doa Memohon Memperoleh Anak Soleh Amalan 7 : Solat Sunat Taubat Amalan 8 : Istighfar Memohon Keampunan Amalan 9 : Solat Hajat Amalan 10 : Banyakkan Membaca Al-Quran Amalan 11 : Memohon Cahaya Amalan 12 : Membaca Surah Tertentu daripada Al-Quran Amalan 13 : Amalan Ayat 33 Amalan 14 : Banyakkan Bertasbih Memuji Allah Amalan 15 : Solat Sunat Tasbih Amalan 16 : Zikir- zikir Menjauhi Penyakit & Peroleh Kesihatan Badan Amalan 17 : Zikir Khusus Menyelesaikan Masalah Amalan 18 : Zikir Asmaul Husna Amalan 19 : Bacaan Memudahkan Bersalin Amalan 20 : Sujud Syukur dan Bacaanya Amalan 21 : Azan dan Iqamat di Telinga Bayi Amalan 22 : Membaca Surah al-Qadr bagi Hindari Maksiat Zina Amalan 23 : Tahnik – Kaifiyat dan Bacaannya Amalan 24 : Bacaan Ketika Memberi Nama Anak Amalan 25 : Al-Quran, Solat dan Doa Penguat Ingatan Amalan 26 : Ayat-ayat al-Quran Penerang Hati Amalan 27 : Doa-doa Penerang Hati Amalan 28 : Doa Memulakan Pembelajaran Amalan 29 : Doa Mengakhiri Pembelajaran Amalan 30 : Doa & Wirid al-Quran – Rohani & Fizikal Anak-anak Amalan 31 : Pelembut Hati Anak Amalan 32 : Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW Amalan 33 : Memelihara Hubungan Baik dengan Allah pada Setiap Ketika
Semoga dengan memiliki buku ini dapat kita jadikan panduan untuk membentuk anak soleh. Betullah kata pepatah, melentur buluh biar jadi rebungnya. Tips dan petua cara islam yang disarankan amat-amat terbaik untuk kita semua amalkan disamping 33 amalan yang sememangnya dapat menjana ke arah kesolehan anak-anak.
Sedikit daripada kata-kata penulis : Lihatlah banyak lagi amalan kaedah islam ketika kehamilan termasuk doa-doa dan zikir-zikir tertentu dalam usaha kita melahirkan zuriat yang taat, beriman dan bertaqwa.Bagi saya memang perlukan bahan bacaan ilmiah seperti ini kerana sedang menunggu untuk menimang cahaya mata yang pertama. Sesungguhnya moga dengan tips dan petua kaedah islamiah ini dapat membantu saya dan isteri untuk mendidik anak yang bakal dilahirkan kelak menjadi anak yang soleh mahupun solehah …. Insya-Allah.



Buku yang baik untuk dijadikan panduan
Nice share ;D
Izzuddin Fauzi recently posted..Sesi ‘Makan Anggur’ dan Tidur
[Reply]
Razifmokji Reply:
May 9th, 2012 at 1:14 am
terima kasih Izzudin
[Reply]
Baru nak menimang cahayamata pertama bro? Mmg elok kalau bahan bacaan mcm buku nih…supaya harapan dan impian kita terhadap anak2 akan menjadi lebih cerah/baik dimasa hadapan…insyaallah.
yas recently posted..Wordless Wednesday – All About SEO
[Reply]
Razifmokji Reply:
May 9th, 2012 at 1:48 am
Terima kasih atas sokongan bro
[Reply]
sebuah ulasan yang baik bagi buku yang baik
Juan recently posted..wanwidget melancarkan aplikasi android yang pertama
[Reply]
Razifmokji Reply:
May 9th, 2012 at 2:45 am
terima kasih juan
[Reply]
Buku yang menarik dan mesti baca untuk kaum-kaum bapa…Kalau yang baru nak jadi bapa pun lagi bagus =)
SukaShare recently posted..5 Wallpaper Mozilla Firefox Yang Menarik
[Reply]
Razifmokji Reply:
May 9th, 2012 at 2:46 am
harap dapat kongsi untuk semua
[Reply]
Saya belum punya istri apalagi anak tapi teringin memiliki buku ini. diamana yg bisa dapatkan dan berapa harganya?
Sobat Bercahaya recently posted..Leptop Hidup Sendiri
[Reply]
Razifmokji Reply:
May 12th, 2012 at 2:47 pm
Saya mendapatkan buku ini di kedai Buku ditempat saya iaitu di Shah Alam, Selangor
[Reply]
Pingback: Tips Berkesan Mendidik Anak | Razifredz.com