Assalamualaikum & salam sejahtera … Semalam ada temujanji dengan panel doktor untuk penilaian tuntutan Socso bagi kecederaan kemalangan tempohari. Mengikut surat daripada Socso temujanji akan diadakan pada jam 8.30 pagi di Hospital Selayang. Jadi pagi2 dah keluar rumah sebab nak sampai awal. Nak kata awal sangat tidaklah, sampai Hospital Selayang pun dah jam 8.25 pagi, ngam2 je. Itu pun sebab naik motor, kalau dengan kereta lewatlah gamaknya. Sampai, parking, kunci motor dan terus pergi ke Jabatan Rekod Perubatan Hospital Selayang dimana temujanji akan diadakan. Sampai je kat sana, ops!!! ramainya yang dah menunggu giliran. Apa boleh buat dah sampai lambat tunggu je la.
Bila dah serahkan surat temujanji maka carilah tempat duduk kosong, pandang punya pandang kat sebelah belakang ada kosong dan aku pun duduklah kat situ. Aku duduk kat sebelah lelaki muda yang datang sama tujuan dengan aku. Sebab masing2 dah rasa mengantuk kami pun berbuallah, saling bertanya mengenai kemalangan yang dialami. Rupanya aku dengan dia sama, kemalangan jatuh motor. Kecederaan pun sama patah tulang selangka cumanya aku sebelah kanan dia sebelah kiri.
Tak lama lepas tu tiba giliran rakan baru aku ni. Tinggallah aku sorang duduk belakang, sebab dah takde kawan aku pun keluarkan smartphone aku dan layan game. Memang ada TV tapi maklumlah kan kat Hospital, suara dia memang tak dengar kalau duduk belakang. Dah bosan main game layan je la TV3 walaupun tak dengar suara. Memang lama menunggu, dalam jam 11.30pagi semua yang bertemu janji disuruh masuk menunggu kat dalam pulak.
Masa ni berkumpullah kami yang masih menunggu giliran. Dapatlah kenal yang lain2 pulak. Dalam asyik bercerita mengenai kemalangan yang dialami masing2 aku rasa bersyukur sangat, aku hanya cedera patah tulang selangka sahaja. Rakan yang lain kemalangan sampai koma seminggu dua dan kecederaan mereka juga teruk2. Sorang tu kemalangan sampai patah hancur tulang lengan dan jari. Abang sorang tu pulak patah teruk di kaki. Manakala abang yang belakang aku pulak, koma hampir 2 minggu dan badan sebelah kiri jadi lemah akibat pendarahan dalam otak. Puncanya merebut bola di udara semasa bermain futsal dan terjatuh. Jatuh pulak kepala dulu, pengsan dan bila dibawa ke Hospital doktor mendapati ada pendarahan dalam otak.
Akhirnya giliran aku sampai pada jam 12.30tgh. Masuk jumpa panel2 doktor yang dah sedia menunggu. Aku suspen juga takut ditanya macam2. Rupannya mereka hanya memeriksa tahap kecederaan yang dialami sahaja. 10 minit lepas tu siap dan boleh balik. Kena tunggu lagi 2 minggu untuk terima jawapan pemeriksaan daripada pihak Socso. Yang penting temujanji ni dah settle. Harap2 tuntutan diluluskan dan dapatlah sedikit duit pampasan sebab Socso kan bayar setiap bulan. Berapa banyak yang dapat aku terima je. Selesai ….

bro, dah dapat ke blum pampasan nya? berapa lama tunggu eh?
[Reply]
Razifmokji Reply:
July 3rd, 2012 at 10:12 am
La ni 3 Julai 2012 … sedang tunggu Check dr Socso
[Reply]
suami saya jumpa doktor Selayang tu pd 28hb Jun… ni dah tak sabar2… boleh tak bro bagitau apa yg terjadi seterusnya kekeke… yg kami tahu kena tunggu surat dari perkeso je.. pastu kena buat apa?
[Reply]
Razifmokji Reply:
July 4th, 2012 at 4:31 pm
Kemalangan juga la ni ye … moga semuanya baik ye
Lepas jumpa panel doktor tu tunggu surat drpd socso untuk keputusan,
Lepas tu pulak bila dah dpt surat, Isi le borang yg diberi sekali semasa selesai jumpa panel doktor aritu,
Lepas tu lagi pergi socso buat claim jumlah pampasan,
Akhirnya tunggu la check sampai rumah
[Reply]
hehehe… tak sabar punya pasal, hari ni dah tepon perkeso.. kata encik tu suami dapat 19%. memang kemalangan pada 22 jun 2011, suami mc 7 bulan. dia rempuh kereta yg tiba2 belok masuk simpang tak bagi signal pastu terbang mcm superman, kereta tu tak brek lanyak plak dia. pastu undur kereta nak lari… abis satu lengan tu kena ekzos kereta burn 3rd degree, tulang lengan patah , sekarang dah baik tapi bonjol ke atas. tulang muka semua retak, gigi bawah abis patah semua, langit terbelah rahang patah. muka masuk plet besi, sekarang hidung pun senget, da tak encem daaa….bahu pun retak.. tapi alhamdulillah umur panjang, anak2 kecik lagi kalo dia takde susah lah kami sebatang kara… ooo tidaklah dia itu dibenarkan naik motor lagi, nak bawak motor pun kekok, urat lengan satu dah rosak… lengan kebas seumur hidup… hati2 la bawak motor ye, macam2 la ragam pemandu zaman sekarang, tak tengok motor dan motor jgn la rasa ‘sempat’ je, kang musibah kesian la org2 yg menunggu di rumah…
[Reply]
Razifmokji Reply:
July 5th, 2012 at 4:42 pm
Tak lama pun tunggu … saya dah dapat pun Check Claim hari ini (5/7/12). tak sampai 2 minggu saya dpt surat untuk keputusan panel doktor. saya isi borang yg diberi dan hantar ke Socso khamis lepas, seminggu lps tu saya dh dpt pun check claim. 19% tu banyak, sbb kecederaan pun agak teruk. saya dapat 2% je. apapun kemalangan ujian drp Allah, harap kita lebih tabah lepas ni
[Reply]
esok pegi perkeso… nak gi kira.. tak tahu la berapa, rezeki anak2.. tempat saya ni tak boleh sgt harap surat pasal suratnya posmen letak kt kedai… kdg2 hilang.. semua ni kehendak Allah Taala, kami terima saja Qada dan Qadar Nya.
[Reply]
Razifmokji Reply:
July 6th, 2012 at 9:53 am
Semua dah takdir, memang perlu utk kita claim socso ni, sebabnya kita mencarum tiap bulan … moga baik dalam semua urusan nanti
[Reply]
dah pegi dah wisma perkeso pagi tadi… tau dah jumlahnya… Alhamdullillah. tapi kitorang kena tunggu cheque dari HQ sebab lebih dari 70k hanya HQ je boleh keluarkan.. kena tunggu lagi sebulan. Mungkin rezeki hari raya anak2… amin… terima kasih sebab sudi mendoakan…
[Reply]
Razifmokji Reply:
July 10th, 2012 at 10:07 am
Alhamdulillah …
[Reply]
assalamualaikum… ingat saya lagi tak? suami saya belum dapat lagi cheque pampasan tu.. bila sampai ke HQ rupanya lagi lama laa prosesnya aduiyai… raya tak berapa hari lagi ni… hmmmm
[Reply]
Razifmokji Reply:
August 8th, 2012 at 1:32 am
Alhamdulillah saya dah dapat check 1 bln yg lepas … Socso ni nak kena follow up selalu, kena selalu call baru proses cepat sikit. Maklumlah jumlah yg banyak. Sebenarnya tak jadi masalah sebab memang kita mencarum dan dah lulus.
[Reply]
Salam bro..nk tanya skit..ms bro claim socso 2 tu ade tak yg retak tulang yg claim?sy ni pn eksiden moto gak,retak ade pecah skit tulang pinggul ngan tulang peha terkeluar dari soket,dislocated hip kate org puteh..hehe..6/9 ni kn jumpe panel doc..
[Reply]
Razifmokji Reply:
August 25th, 2012 at 9:18 pm
Salam bro : masa aritu memang le ramai yg datang sbb accident. Kalau mcm bro yg penting kena bawa rekod perubatan dr hospital & Kalau ada x-ray lg bagus. Senang cerita masa doctor check kat anggota yg sakit, rasa sikit je terus cakap sakit. Ini boleh menaikkan % claim. Kalau kita tengok La Luna kt atas suami dia dpt 19% = 70k ++. Saya 2% je pn dh berbelas ribu. Selamat bro …
[Reply]
Salam bro..cuma nk tau gakla cmne doc2 tu cek..yela ms sy cek up kt spital ari tu.sy da ckp da kt doc tu yg yg sy sakit cmne..dia pn cek nk xnk je..mgkn dia xphm sy ckp kot,psl doc bkn malaysianye org..yg dia tau ckp sy da ok je,kite ckp kite sakit pn dia ckp ok jee..sy mls nk ckp sy diam jela..takut2la doc yg socso ni pn sama je..yela benda tukan retak kt dlm,bkn bleh tunjuk pnkan..
[Reply]
Razifmokji Reply:
August 26th, 2012 at 10:07 pm
Salam bro : Doktor utk Socso ni biasanye doktor tempatan je … Mereka pn check lebih kurang je jg. Tapi biasanya mereka tanya la jg sikit2 mana yg sakit. Janji Kalau dia usik rasa je sikit cakap je sakit atau rasa tak ok .. Semoga ok semuanya bro masa check nanti
[Reply]
Salam bro..tima kasih bro atas info yg bro bg..moga2 urusan socso sy ni senangla hendaknya..insyaallah..tima kasih skali lg..
[Reply]
Razifmokji Reply:
August 27th, 2012 at 11:59 pm
Sama2 moga semuanye berjalan lancar. Nnt bila dh lps check doktor tunggu Surat dr socso pastu terus je pergi socso untuk buat claim. Cepat buat cepat dpt.
[Reply]
Salam bro..ayah saya dua bulan lepas eksiden moto gak. dah pencen tapi sambung keje dgn company laen..mcm bro crite td bro dpt 2%..kalo 2% tu boleh dpt brape RM? mcm ayah saye tulang soket bahu die terpakse dibuang pasal hancur n ganti dgn soket besi..agak2 brape % ea?
[Reply]
Razifmokji Reply:
August 27th, 2012 at 11:58 pm
Salam bro nabil .. 2% saya aritu dpt le jg berbelas ribu, Kalau cedera mcm atau bro mgkn lbh kot. Yang penting rekod perubatan kena ada & Kalau ada x-ray sekali lg bagus. Nak sy jangkakan dpt brp tu mmg tak boleh sbb Terpulang kpd panel doctor yg memeriksa
[Reply]
Salam bro..tgkla cmne n’ti result cmne..kes sy ni mcm xbrape sgt kot banding ngan bronye kes patah,sy cuma retak je..klau ade rezki dptla..insyaallah..
[Reply]
Razifmokji Reply:
September 6th, 2012 at 9:49 am
Tawakkal je bro mana tau bro dpt lagi banyak nanti
[Reply]
salam bro nk tnya sikit.
ak pn cm ko jge patah tulang selangka kanan.ak keje kilang,so kilang yg uruskn,dpat surt dri socso surh g ari slasa ni.bro pn mcm aku jge ke?knpe kne pg socso?
[Reply]
Razifmokji Reply:
September 6th, 2012 at 9:48 am
moga semuanya baik bro Yas
[Reply]
Razifmokji Reply:
September 11th, 2012 at 4:16 pm
Salam bro Yas … biasanye claim pertama syarikat uruskan semuanya, tapi claim kedua kita kena buat sendiri bro. Tapi kalau syarikat bro boleh uruskan kedua2nya bagus la tu bro
[Reply]
Salam bro..sy bru gi jumpe jemaah doc socso td..selesaila suda..nk tanya bro,ms bro wat dl ade xdpt kertas ms nk cau,sy td xdpt tp ade yg dpt..kertas ape yek?
[Reply]
Razifmokji Reply:
September 11th, 2012 at 4:14 pm
Salam bro … sory lambat balas sibuk sikit kebelakangan ni … biasanya kertas yg dapat sblm balik tu borang untuk claim berapa dapat. Borang ni kena isi lps dapat surat dr socso yg menyatakan berapa nilai % yg kita dapat. Borang tu menyatakan kita nak dibayar langsam atau tidak. Kalau bro tak dapat mungkin bro kena tunggu surat dari socso je la. Tengok surat tu ape cite dia.
[Reply]
ok..selasa lepas kne g socso dy tnye dri awal smpai akhr,cm wat report polis to la.pas to dy ckp tngu surat dri dy.surat pe yg dy maksud kn ye?kcederaan ak sme cm bro cme beza nya ak just mc sbulan lbh,so surt untk jmpe doc ke or trus dpt duit?
[Reply]
Razifmokji Reply:
September 14th, 2012 at 4:19 pm
Kalau ini untuk claim ke-2 biasanye surat untuk jumpa panel doktor untuk pemeriksaan tahap kecederaan. Tapi sblm tu kena minta minta laporan doktor dari hospital dulu. Nanti kena bawa masa jumpa panel doktor tu. Laporan doctor ni kena minta cepat nnt diorang bagi lambat lebih kurang sebulan baru dapat. Tapi boleh minta cepatkan sikit la bro.
[Reply]
ni claim yg pertama la bro.to yg ak pning ni xd kba berita lg.dapat ke x ke pn x tau.bro rase pe patut aku buat.ni da dkat 2 mingu.patut ke aku g tanya socso?
[Reply]
Razifmokji Reply:
September 16th, 2012 at 12:41 am
Salam bro Yas .. Claim pertama ke, masa saya hari tu claim pertama syarikat yg uruskan semuanye. Saya ambil borang di Socso, isi dan hantar kepada HR untuk diuruskan. Pas tu tunggu surat drpd socso untuk check claim pertama ni. Kalau borang tu takde masalah semua isi dng betul, masa saya hari tu 2 minggu dh dapat check.
Cuma claim pertama ni ikut budi bicara syarikat le, dia nak ambil semua atau kongsi dng pekerja yg buat tuntutan.
Bagi saya kita kena claim bro Yas, sbb kita memang mencarum tiap2 bulan.
[Reply]
Pingback: Entri Tuntutan Socso membawa manfaat | Razifredz.com
oh cm to bwu aku tau.cm ne plak dgn claim ke dua?aku x paham la,yg bro claim yg ke dua ni claim untuk kecacatan kekal ke?harap bro ley terangkan dri awl.memang x phm sgt bab socso ni
[Reply]
Razifmokji Reply:
September 18th, 2012 at 4:37 pm
Salam bro Yas … biasanye kalau kecederaan macam kita ni tak banyak masalah nak claim. Lebih kurang mcm ni la :
1. Buat claim pertama – Kerjasama dng syarikat sbb claim pertama biasanya claim utk syarikat ambil balik gaji yg diorang dh bayar masa kita mc atau hospitalize dulu.
2. Bila claim pertama dh dihantar ke socso biasanya ambil masa 2 minggu untuk terima jawapan atau check claim pertama.
3. Check claim pertama biasanya dapat pada pekerja dan perlu dibudibicarakan dng syarikat samaada syarikat nak semua, bahagi dua atau syarikat nak bagi kita semua.
4. Bila claim pertama dh selesai (setelah dpt check) buat claim kedua.
5. Sblm buat claim kedua pastikan bro dh minta dng pihak hospital laporan perubatan untuk diberi kepada panel doktor nanti.
6. Claim kedua(claim kecacatan kekal) bro kena pergi ke socso isi borang baru, cakap dng socso nak buat claim kedua (jgn lupa bawa salinan IC)
7. Isi je terus borang tu di socso supaya senang nak tanya bila ada kemuyskilan. Selesai isi borang, hantar semula dan kebiasaanya mereka akan tanya serba sedikit tentang kemalangan yg berlaku.
8. Dalam 2 minggu bro akan dapat surat untuk appoinment dng doktor panel untuk pemeriksaan tahap kecederaan. kalau dh lbh 2 minggu call je socso.
9. Bila dh dapat tarikh appoinment Bro kena la pergi dan jgn lupa bawa laporan doktor, Lepas check biasanya mereka akan bagi borang claim pada Bro.
10. Borang claim ni bro hanya boleh isi selepas dapat surat seterusnya drpd socso untuk berapa % yang kita dapat. (surat dlm tempoh 2 minggu lps jumpa panel doktor)
11. Pergi ke socso semula untuk hantar borang claim td dan socso akan beritahu jumlah sebenar RM claim yang bro akan dapat.
12. Kalau takde masalah 2 m inggu dh boleh dapt check.
Lebih kurang mcm tu la Bro Yas …
[Reply]
k bro aku da pham,thanks untk maklumat ni.pape hal ak inform kt bro k.
[Reply]
Razifmokji Reply:
September 18th, 2012 at 10:07 pm
Salam bro Yas … No hal punye, mana2 yg boleh tolong aku tolong Bro
[Reply]
tgn pas 3 bln cm ne ye,da ley grak cm biasa ke.aku ni ckup 2 bln,msh sakit ble grak.ad tips or petua x untk tgn yg patah ni?
[Reply]
Razifmokji Reply:
September 19th, 2012 at 10:00 pm
3 bulan tak cukup baik lagi bro … aku ni dh lbh 6 bulan pun masih rasa sakitnya. Lebih2 lagi aku ni machine technician dh tentu2 la tangan aku ni banyak kerjanya. Biasnya urut je bro … kalau dh sengal sangat tu aku sapu YOKO YOKO je bro.
[Reply]
Aku pn byk gne tgn kanan gk,tp x brani angkt brang brat2 lg.tempt yg ptah to timbul tnggi tulang nya,ble byk gne tgn kanan aku rase cm mkin timbul.
[Reply]
arini aku g hospital untk mtk rekod perubatan,dy ckp Surh g socso mtk borang.aku pn g socso ckp nk wt claim ke 2.dy bg borang kaler hijau pasto surh bg lik kt tmpt rekod perubatan to.so aku bg dy la,dy ckp sbulan bwu siap rekod perubatan to.cm yg bro ckp kat atas ble g socso dy akn bg borang untk kte isi kmudian dlm 2 mingu dpt surt jmpe pnel doc kn,npe dlm kes ak len plak ye.aku kne tngu rekod perubtan to siap dlu ke bro?
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 9th, 2012 at 3:32 pm
Assalamualikum bro yas sory dh lama baru dpt balas … memang mcm tu bro dah dapat laporan perubatan baru ble claim yg kedua. Borang hijau tu dh betul la tu dan mmg ambil masa sebulan baru nak dapat laporan perubatan tu. Aku mmg nasib baik hari tu bro dalam 2 minggu je aku dh dapat laporan perubatan. Ble cakap dng pihak jabatan rekod hospital minta cepatkan sikit.
[Reply]
assalam….bru2 ni sy terlibat dgn 1 kemalangan dan mengalami kecederaan patah tulang selangka kanan..mengikut pengalaman dr kwn sy dia cuma dpt rm 2-3 ratus je..soalan sy mmg byk itu ke yg kite dpt?mohon diberi penjelasan
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 9th, 2012 at 3:28 pm
Assalamualaikum bro hafeez … Ok bro dia mcm ni, kalau ikutkan kecederaan yg bro alami sama je ngan aku patah tulang selangka sblh kanan. Aku dh dpt pun duit claim pd bulan Jun lepas adalah sikit dlm berbelas ribu RM jg la. Cara nk claim lebih kurang cam ni :
1. Buat claim pertama – Kerjasama dng syarikat sbb claim pertama biasanya claim utk syarikat ambil balik gaji yg diorang dh bayar masa kita mc atau hospitalize dulu.
2. Bila claim pertama dh dihantar ke socso biasanya ambil masa 2 minggu untuk terima jawapan atau check claim pertama.
3. Check claim pertama biasanya dapat pada pekerja dan perlu dibudibicarakan dng syarikat samaada syarikat nak semua, bahagi dua atau syarikat nak bagi kita semua.
4. Bila claim pertama dh selesai (setelah dpt check) buat claim kedua.
5. Sblm buat claim kedua pastikan bro dh minta dng pihak hospital laporan perubatan untuk diberi kepada panel doktor nanti(laporan perubatan biasanya ambil masa 1 bulan utk dpt)
6. Claim kedua(claim kecacatan kekal) bro kena pergi ke socso isi borang baru, cakap dng socso nak buat claim kedua (jgn lupa bawa salinan IC)
7. Isi je terus borang tu di socso supaya senang nak tanya bila ada kemuyskilan. Selesai isi borang, hantar semula dan kebiasaanya mereka akan tanya serba sedikit tentang kemalangan yg berlaku.
8. Dalam 2 minggu bro akan dapat surat untuk appoinment dng doktor panel untuk pemeriksaan tahap kecederaan. kalau dh lbh 2 minggu call je socso.
9. Bila dh dapat tarikh appoinment Bro kena la pergi dan jgn lupa bawa laporan doktor, Lepas check biasanya mereka akan bagi borang claim pada Bro.
10. Borang claim ni bro hanya boleh isi selepas dapat surat seterusnya drpd socso untuk berapa % yang kita dapat. (surat dlm tempoh 2 minggu lps jumpa panel doktor)
11. Pergi ke socso semula untuk hantar borang claim td dan socso akan beritahu jumlah sebenar RM claim yang bro akan dapat.
12. Kalau takde masalah 2 m inggu dh boleh dapt check.
Lebih kurang cam tu la bro hafeez .. Aku hari tu mmg rajinkan diri buat claim ni, aku settle semuanya dalam sebulan je lepas dapat laporan perubatan. Moga dapat membantu
[Reply]
tq Razifmokji….mc utk bln 28/8 hgga 16/10 dh submit…16/10 ni ada appoinment ngn dktr lg..lau dia bg mc lg kita kena submit lg skali ke or kumpul mc 2 smpai dh btl2 baik bru submit sekali..pampasan ikut pd gj kita ke..bro dpt brp?n brp gj ms 2?
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 12th, 2012 at 3:24 pm
Salam bro hafeez … mc kita blh terus hantar pd sykt walaupun brp banyak kali doktor beri kepada kita. Kalau nk senang tunggu sampai mc yg last nanti baru terus buat claim yg pertama. Kena rajin sikit la utk buat claim ni. Pampasan memang bergantung kepada umur dan brp lama kita bekerja. Kalau nak dapat claim banyak sikit, masa mc yg last tu terus je buat claim yg pertama. Nanti urusan dia jadi lebih cepat dan akan cepat appoinment dengan panel doktor dari socso. Percent pampasan juga bergantung kepada sejauh mana tahap kecederaan masa pemeriksaan doktor panel socso nanti. Tips dia nnt bila dh jumpa doktor panel socso masa doktor periksa tahap kecederaan, bila doktor suruh buat beberapa pergerakan agak rasa je mcm nak sakit atau sengal terus je kata tak ok dng doktor, rasa sakit lagi la doktor. Ini boleh membantu percent claim juga …. moga dpt membantu bro hafeez.. wassalam
[Reply]
mcm 2 erk…ok bro terima kasih utk info yg berguna 2..ape2 perkembangan akn sy bgthu nti assalam….
hafeez recently posted..Pahala menanggung kesukaran membaca Al-Quran
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 17th, 2012 at 9:19 pm
Takde hal punye bro … apa yg aku ble tolong pasti aku bgtau
[Reply]
bro sya nak tanye…camne kalau payslip x cukup 6 bulan… ade effect x untuk jumlah check yang akan kita dapat untuk claim pertama…..? sbb sy baru kerja 4 bulan then accident…retak akawasan pergelangan and kepala berjahit…
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 17th, 2012 at 9:18 pm
Salam bro areef … kalau yg ni susah sikit nak jawab sbb socso memang minta 6 bulan punye payslip .. yang ni nk kena rujuk dengan HR tempat bro kerja. Maaf saya tak dpt nak jawab yg ni
[Reply]
Salam bro..nk tanya skit ni..suami sy br xcdent mgu lps..patah tulang selangka gak sblh kiri..smlm g follow up, doktor suh operate lak..bro itu ari kene operate gak ke?..pastu klu kita check kt private hsptl bl claim socso gak ke @ kene check ngn hsptl goverment je?..
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 17th, 2012 at 9:14 pm
Salam pn wawa .. kebiasaanya mana yg saya tahu kalau patah tulang selangka ni tak perlu operate. Perlu buat operate kalau patahnya terlalu tajam pada bahagian hujung yg patah. berkemungkinan mcm tu lah suami puan wawa. Untuk claim socso tak kisah swasta atau kerajaan. yang penting dokumen ada itu sahaja.
[Reply]
aku lupa nak ckp surh mtk tlong cpatkan skit laporan perubatan to ,tp xpela pjam celik da nk sbulan pn.mngu dpn ak nk tpn hospital tnya da siap ke belum.doakan ak moga smuanya ok je ye.pape hal ak bgtau pe jd pasto
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 18th, 2012 at 9:28 pm
Ok bro yas moga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT … terima kasih sbb jadikan rujukan disini walaupun takde la dpt banyak membantu
[Reply]
Salam Tn..
1. Kemalangan motosikal, buku lali kanan retak, kaki kiri berparut dan calar balar area pergelangan tangan dan kaki.
2. MC/Hospitalize 4 bulan +,-
3. Lepas dah submit form yg berkaitan form 10,13 & 21, dan beberapa doc yg diperlukan, brape lama pihak socso memproses transaksi tersebut?
4. Adakah saya layak untuk membuat claim yg ke2? serta adakah akan dirujuk kepada jemaah doctor?
sekian terima kasih
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 22nd, 2012 at 3:05 pm
Assalamualaikum Bro Mat .. Maaf lambat balas pertanyaan. Biasanya socso mengambil masa 2-4 minggu untuk proses claim ni. Jika boleh buat claim pertama maknanya claim kedua biasanya memang boleh buat.
[Reply]
salam bro.da setel uruskn smuanya td.x pyh tngu surat untuk tmujanji ngn jemaah doc.mase g socso td dy bg skali surat tmujanji.lambt la bro 29.11 tmujanji nya.ai tpaksala mnunggu lg..sbor jela..
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 24th, 2012 at 8:01 am
Salam bro yas … Ok la tu sbb dh ada date temujanji. Tp mmg lambat betul 29Nov12 tu. Aku hari tu Tunggu 2minggu je. Takpe sabo je bro.
[Reply]
tau xpe,tp dpat jawapn nya x lme bro.smingu lpas jmpa jemaah doktor dy surh datng socso untuk tau bpe jumlah yg ak dapat.mayb kt tmpat ak len kot.dlu bro ad bwak x-ray or pape x time jmpe jmaah doc?
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 24th, 2012 at 2:33 pm
Hanya bawa laporan doktor je bro yas
[Reply]
assalmmualaikum bro…bleh bg pendapat x.bru2 ni isteri sye xcident.isteri sy langgar lampu merah,pastu kne langgar dengan bdk domino pizza.pas xcident sye byr ganti rugi motor dia sume.ingatkan dah setel tp bru2 ni dia tepon mtk ic isteri sye plak.nak claim socso ktenye…btul ke kne bg ic sye.motor yg isteri sye bw tu arwah adik isteri sye punye.lum tuka nme lg.
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 28th, 2012 at 11:06 pm
Salam bro … Setahu aku nk claim socso ni kalau kes xciden yg penting kena ada report polis. Ada report polis pas tu ble la amik borang claim kt pejabat socso utk buat claim. Kalau takde report polis mmg susah nk claim. Bg aku bro jgn bg ic kt budak pizza tu. Ic bukan perkara memain. Sebolehnya minta dia tunjuk borang claim yg mengatakan bro kena bg ic kt dia. Kalau dia ada tunjuk borang jgn bg jg. Sebaiknya bro tanya dulu pjabt socso betul ke ada menda mcm ni berlaku
[Reply]
trima kasih bro…sy ingat pun xnak bg.sbb dah byr repair mto dia pun dah mhal rm779.kalu ikotkan sye xnak bya.sbb dua2 slh.isteri cedera truk jga.mmg sye dah tgk portal sosco,xde menyatakan yg org yg di langgar kne bg ic atau apa2…mmg bdk pizza tu nak duit jer.pape pun trima kasih la bro..
[Reply]
Razifmokji Reply:
October 30th, 2012 at 6:04 pm
Takde masalah … Biasa je ni
[Reply]
As Salam
Saya kemalangan 25 sept lepas. Umur 27 tahun, keje tak smpai setahun tapi kalau payslip enam bulan tu ade la. MC latest doctor bagi smpai 26hb nov. Cukup2 la 60 hari dari tarikh saya mula masuk hospital. Company saya cuma kaver mc utk 60 hari sahaja yg bergaji, lebih dari tu, kene ambil unpaid leave.
Saya kemalangan motosikal langgar van waktu balik dari kerja. Siapa yang salah, saya pun taktau sebab kes dalam siasatan polis dan saya waktu tu koma. Kecederaan saya, pipi kanan retak, dah operate dah masuk skru 3 bijik ngan wayar, optic nerve mata kanan cedera, jadi mata saya belah kanan ni lost vision, doktor kata kekal, dan lain2 luka2 kecil kata muka, tangan dan lutut, semuanya dah tak sakit dah cuma tinggalkan parut…
Jadi sekarang apa tindakan terbaik saya ambik ye? MC sampai 26hb nov saya dah dapat, tapi taktau lah kena extend atau pun tak MC tu sebab saya perlukan masa lagi utk blaja memandu balik dan biasa kan diri dgn sebelah mata (mata kiri).. Jadi adakah patut saya start klaim pertama saya dgn perkeso sekarang atau tggu je smpai btul2 dah biasa dgn sebelah mata ni dan betul2 boleh bekerja baru start claim ?
Dan untuk pengetahuan saudara, saya dirawat di dua hospital, mula2 eksiden ambulans dari HKL ambil saya, dimasukkan ke dalam icu selama 2 hari, kemudian wad neuro satu hari dan wad mata satu hari, (jumlah 4 hari) dan seterusnya saya dipindahkan ke sunway medical hospital utk rawatan susulan dan operation (reason pindah sunway ni sebab kat sini ada abg ipar sebagai pakar tulang dan hosp ni lagi dekat dgn family)
Jadi saya confuse, rawatan perubatan utk kes saya ni, better amek dari HKL atau sunway ye ? atau amek dari dua2 nya sekali ?
Dan dari pengalaman saudara, kes saya ni kes ringan, sederhana atau berat ye ?
Salam perkenalan pada semua dan di harap boleh mendoakan saya agar tabah menghadapi ujian Allah ini.
[Reply]
Razifmokji Reply:
November 7th, 2012 at 5:15 pm
Assalamualaikum izzat .. Agak teruk jg kemalangan ni .. cam ni pendapat saya, jika sykt izzat Hanya blh beri mc bergaji 2 bln shj eloklah claim socso terus dr sekarang utk claim yg pertama ni. Kalau tak nnt izzat takde gaji susah. Selagi mana ada mc dr doktor claim socso boleh dibuat utk claim gaji izzat yg unpaid leave tu.
Utk laporan perubtan tu eloknya ambil dr kedua2 hospital utk mengelakkan kekeliruan pihak socso nnt.
Kes izzat ni berat juga rasanya .. eloknya buat terus je claim yg pertama .. itu pendapat saya .. utk claim pertama ni tak perlu pun laporan perubatan. Yaang penting ada report polis Dan Surat MC .. uruskanlah bersama dng HR tempat izzat keje nnt .
Moga boleh membantu izzat serta miga cepat sembuh jg. Jika tidak jelas penerangan saya izzat blh la tanya lg. Saya tolong mana yg saya mampu n blh jawab
[Reply]
saya kemalangan nk ke tempat kerja…kepala berjahit..luka ditangan…..kaki….berapa yg saya dapat dpada socso?
[Reply]
Razifredz Reply:
November 30th, 2012 at 10:21 pm
Assalamualaikum bro syafiq .. Berapa dapat tu saya tak boleh jawab .. sbb kena jumpa doktor panel untuk tentukan % kecederaan. Kena buat claim pertama dulu, lps tu baru claim kedua untuk tuntutan kecederaan atau hilang upaya. Berapa dapat nnt socso tentukan berdasarkan laporan perubatan dan laporan doktor panel… harap dapat membantu
[Reply]
salam bro.da setel da smuanya.hari jumaat kne pg socso untuk tau kputusan jmaah doctor to.x tau la dpt ke x bro..
[Reply]
Razifredz Reply:
December 1st, 2012 at 10:54 pm
salam bro Yas … Alhamdulillah setel. In shaa Allah boleh dapat punye. Sikit atau banyak terima je
[Reply]
sumer komen pasal eksiden..
saya plak tengah tunggu appointment nak jumpa panel doktor (socso)
saya buat tuntutan bukan pasal eksiden tapi pasal penyakit khidmat
socso nie kena follow up sentiasa.. kalo tak mmg senyap ajer laaa..
opiser yg handle kes saya nie ckp.. kalo dah jumpa panel doktor dorang akan buat pembayaran mc dlu.. selepas tu baru dorang bayar faedah tuntutan penyakit khidmat.. amik masa jugak tu.. sbb nak buat pengiraan berapa % yg kita dapat
yg penting mesti ada laporan perubatan dari doktor yg rawat kita tu
sabar menunggu nie…
[Reply]
Razifredz Reply:
December 10th, 2012 at 10:29 pm
memang le saudara …
[Reply]
Assalamualaikum,
Tumpang tanya saya sudahpun berjumpa dengan jemaah doktor pada 6hb Dec 2012 yg lepas….tapi saya x dapat pun surat menyatakan berapa yg sy dapat untuk tuntutan HUK. Yang saya tahu doktor hanya kata awak boleh balik tunggu jawapan dari pihak sosco. Adakah surat yg saudara dapat itu tanda-2 yang mengesahkan saudara dapat tuntutan dan sekiranya mereka yang tidak dapat surat selepas pemeriksaan bermakna tuntutan mereka tidak berjaya atau proses tersebut tidak sama bagi setiap hospital kerana sy diperiksa di hospital besar ampang….Buat pengetahuan saudara sy kemalangan motosikal ,retak tapak kaki kanan ,patah tulang febula dan menjalani pembedahan kecil pada ibu jari kaki kanan.Kini ibu jari kanan sy tidak boleh dilipat dan bergerak seperti sediakala dan pergerakan langkah kaki kanan turut terjejas……
[Reply]
Razifredz Reply:
December 14th, 2012 at 9:54 pm
Assalamualaikum Faizal … Pada masa saya tempohari memang saya dapat surat tu, jika Faizal tak dapt surat tu selepas dpt surat jawapan drpd socso yg mengatakan brp % claim yg Faizal dapt, Faizal boleh ke pejabat socso untuk dptkan surat tu dan isi untuk jumlah pampasan.
[Reply]
Salam En. Razif,
Suami sy xcident jatuh motor n tulang bahu kanan patah, suami sy excident pada bulan Jun 2012. dan buat operation masuk plat tuk sambung tulang bahu tu di hospital swasta. Claim mc 3 bulan lebih telah dibayar oleh socso..Lepas tu bulan lepas suami telah isi borang untuk tuntutan hilang upaya kekal claim ke-2.Mgu lepas 7 Dec’ 2012 dah pg tuk temujanji jemaah doktor hospital kerajaan dan keputusan semalam surat socso hantar adalah 0% dan x layak tuk terima bayaran tuk claim ke-2 tu.
Masalah nye skg kenapa suami sy x boleh dapat tuntutan claims ke2 tu sedangkan doktor yg buat operation tu mengesahkan yg suami memang dah x boleh buat keja berat dan angkat brg2 berat2 sbb tulang tu dah x kuat….Lagi pun ms temujanji jemaah doktor tu cuma doktor tye dah ok ker,suami ckp ok..n doktor tu suruh angkat tangan takbir ratul ikhram, pusingkan badan n sumi pun buat ok..dia ade rs sakit tapi x ckp pun dgn doktor tu..doktor cuma ckp ok dah selesai…x sampai pun 5 minit suami dah keluar…than surat socso sampai mengatakan suami x layak dapat tuntutan claims ke2 tu.Sy cuba cal n tye perkeso balik n socso suruh buat rayuan jemaah doktor dan akan ade temujanji ke2 dekat hospital selayang atau KL..kena tgu sekurang2 nye amik masa dalam 3 or 4 bulan…
Maslah nye skg sepatutnye suami sy boleh dapat tak tuntutan ke-2 tu?…dgn keadaan dia yg patah bahu n x boleh nak angkat n buat keje berat.?klu rs boleh sy akan try fight selagi boleh sbb tiap2 bulan potongan caruman buat tuk perkeso..Jika suami sy berhaktuk dapat claim tu kami akan usahakan sampai dapat…
[Reply]
Razifredz Reply:
December 14th, 2012 at 9:51 pm
Assalamualaikum Pn. Siti … masalah suami puan sebenarnya lebih kurang sama dng saya, cuma saya bernasib baik tidak perlu utk membuat pembedahan. Untuk claim yg ke-2 tu sepatutnya memang suami puan boleh dapat. Cuma claim ke-2 ni sebenarnya keputusannya memang ditangan jemaah doktor. Jika kita kata O.K jemaah doktor akan kata pesakit dah O.K dan kemungkinan besar claim akan jadi 0%.
Pada pendapat saya Pn Siti memang perlu untuk fight agar tuntutan ke-2 berjaya diperolehi. Bila dah buat rayuan nanti kena selalu follow up dng socso agar cepat sedikit urusannya. Masa saya berjumpa dengan jemaah doktor dulu pun memang mereka suruh angkat tangan dan ditanya O.K atau tidak. uma masa tu bila angkat ada rasa tak selesa sahaja saya kata sakit. Alhamdulillah dapat juga la 2%. Buatlah rayuan sebab sepatutnya memang dah mencarum kita perlu manfaat drpdanya bila berlaku musibah … harap boleh membantu Pn Siti & suami … Wassalam
[Reply]
Wsalam..En Razif,
Ok..tima kasih sbb nasihat En Razif…Maksudnye suami memang ade peluang yg tuk dapat claim ke-2 tu kan…Sok,sy n suami akan pegi perkeso n isi borang untuk buat rayuan…sy nak tanye temujanji tuk rayuan jemaah doktor tu nak dapat tarikh tu berape lama yer?..lepas tu untuk proses masa berape lama plak ye?..
Adakah keputusan dapat or tidak ms lepas temujanji tu atau kena tunggu jugak surat daripada perkeso?….
Than ms temujanji dalam bilik doktor tu ape sepatutnye yg suami perlu lakukan..?…At least dia tau ape yg perlu dia ckp…maklum la suami sy nie berat mulut skit….sy nak kena backup belang dia br dia tau ape nak buat….Minta jasa baik or nasihat daripada En.. jika ade pengalaman sebegini…Tq.
[Reply]
Razifredz Reply:
December 18th, 2012 at 8:48 am
Assalamualaikum Pn Siti … Bagus sbb membuat Keputusan tuk buat rayuan. Biasanya semua urusan Mesti tunggu Surat drp socso dahulu. Sbb tu saya katakan kena selalu follow up Kalau tak nnt lg lambat lagi2 buat rayuan.
Macam ni Pn Siti .. kita sedia maklum suami Pn Siti memang dh cacat kekal sama seperti saya .. walaupun dh hampir setahun masih lg tak boleh buat kerja yg Agak berat. Cadangan saya Pn Siti dptkan Surat sokongan doktor yg merawat suami pn siti atau dr Doktor phisio jika ada buat phisio Mungkin boleh membantu semasa bertemu panel doktor nnt. Satu lagi jgn sesekali katakan ok pd doktor panel. Kalau kita kata ok memang susah nak dpt claim. Kalau doktor suruh buat sebarang pergerakan tangan agak2 rasa je pd tempat patah tu kata je sakit. Mengikut pengalaman saya memang begitu. kena la belakon sikit tapi bukan menipu atau keterlaluan. Memang sakit sebenarnya cuma bila dh berhadapan dng doktor kadang2 kita tak tercakap.
Harap dpt membantu Pn. Siti .. Wassalam
[Reply]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ..
Sy nk tanya boleh ke buat claim pertama selepas habis dpt semua mc?
Bukankah majikan akan dikompaun jika tidak membuat laporan kepada perkeso selepas 3bulan kemalangan berlaku?
Last, bolehkah sy hantar sndiri claim pertama terus kepada perkeso selepas mendpatkan t/t dan cop dr majikan sebab sy dah 3bulan kemalangan tp majikan buat xendah jd sy xberani nk biarkan majikan yg uruskan disebabkan sy pun sudah bg notis berhenti tp sy eksiden seminggu sebelum berhenti.
Terima kasih.
[Reply]
Razifredz Reply:
December 19th, 2012 at 12:04 am
Memang boleh terus buat … Jika majikan tak mau uruskan anda boleh uruskan sendiri yg penting semua dokumen lengkap
[Reply]
Wsalam..En. Razif, TQ for yr advice n info…Pagi tadi sy n suami dah pegi pejabat Socso n isi borang rayuan tuk claims ke-2 tu..alasan yg suami letak kat borang tu : i – Bahu kanan yg patah tu masih rasa sakit, ii) sukar tuk beribadat dgn sempurna (solat), iii) Masih tidak boleh membawa motosikal , iv) tidak boleh mengangkat n buat kerja berat v) sukar tuk bersama istri…Itu semua yg suami isi dalam ruangan alasan tuk rayuan claim ke-2..Boleh beri pendapat n adakah munasabah alasan yg sumi berikan tu? than adakah peluang suami tuk mendapat claims ke-2 tu?…Mejoriti keluarga n kwn2 ramai yang nasihatkan supaya fight sampai dapat sbb tu adalah hak kite sebagai pencarum…lagi satu cuma nak tye actually , ms En Razif buat claims ke-2 tu sama mcm suami sy ke kecederaan nye patah bahu kn? kanan or kiri yer?..suami sy belah kanan…peratus yg En.Razif dapat 2% kn? dan anggaran berape jumlah nye?…Selain surat sokongan daripada doktor?…ape yg boleh membantu suami semasa temujanji dgn doktor tu nanti?….ade ape2 lagi yg membantu?… TQ.
[Reply]
Razifredz Reply:
December 19th, 2012 at 12:02 am
Assalamualaikum pn Siti … Alhamdulillah dh rayuan ye .. saya payah sblh kanan jg. Sebenarnya kiraaan jumlah claim yg kita boleh dpt memang berdasarkan % yg kita dpt. Namun Semuanya bergantung jg pd umur n brp lama bekerja. 2% yg saya dpt tempohari dpt jg la belas ribu dng umur awal 30an n 14 thn bekerja.
[Reply]
Wsalam En.Razif,
Ingat saya lagi ….Saya Faizal ….Terima kasih di atas pandangan dan nasihat encik. Saya telah pun mendapat keputusan jemaah doktor pada 18hb Dec 2012 dan hari nie (19hb Dec 2012) saya sudah pun ke SOSCO Jalan Tun Razak untuk mengetahui anggaran pampasan yang diterima . Alhamdulilah rezeki anak yang bakal lahir agaknya ,saya mendapat pampasan kira-kira RM 21k ke atas HUK(hilang upaya kekal) 3%.
*Jawapan kepada persoalan saya sebelum nie saya rasa lain tempat rujukan hospital lain prosedurnya
namun yg lebih pasti adalah tunggu surat dari jemaah doktor bagi mendapat keputusan HUK anda.
Sekian,
Faizal Ikhmal
[Reply]
Razifredz Reply:
December 19th, 2012 at 3:05 pm
Assalamualaikum Faizal … tahniah claim sudahpun berjaya. Rezeki dalam musibah tu namanya. Kena bersyukur banyak2 ok
[Reply]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
First claim saya dah lepas. Alhamdulillah. Saya baru lepas buat 2nd claim, dan baru dapat keputusan dari panel doktor. Saya tgk laporan tu. mereka cakap saya tak layak untuk memohon 2nd claim. sbb tiada kecacatan kekal. Saya accident bulan 8, patah bahu kanan dan cedera ringan. Kenapa mereka tak luluskan 2nd claim saya. saya bingun. walhal, saya nak angkat yang berat2 bukan boleh pun dah sekarang. nak angkat tangan tinggi2 pun dah tak boleh
[Reply]
Razifredz Reply:
December 22nd, 2012 at 1:08 am
Assalamualaikum Adam .. sepatutnya anda boleh dapat claim ke-2 tu. Cadangan saya agar anda [ergi ke socso semula dan buat rayuan. Cuba buat rayuan sepertimana puan siti buat dlm pertanyaannya kpd saya tempohari.
[Reply]
Salam.
Tq utk info ini. Sy juga mengalami kmalangan awl nov lalu patah 2 tulang rusuk kanan. Boleh dapat % jika patah 2 je.? Saudara patah berapa?
[Reply]
Razifredz Reply:
December 23rd, 2012 at 10:24 pm
Waalaikumussalam … kebiasaannya boleh … yang penting kena buat claim dulu
[Reply]
Assalamualaikum..En Adam…Betul ckp En.Razif tu..buat rayuan kat perkeso tuk temujanji panel doktor yg ke-2…nak tye En.Adam temujanji panel doktor yg 1st tu kat hospital maner?..Suami sy di Hospital Klang…lepas dpt keputusan 0% pastu terus buat rayuan kat perkeso tuk temujanji kat hospital lain…mungkin di Selayang..Fyi, sebenarnye..setiap hospital mempunyai doktor n pendapat n pandagan dorang masing2 berbeza-2…So, sy cuba berusaha jugak tuk bantu suami dapatkan claim ke-2 nie..sbb tu hak kiter sgai pencarum tiap2 bulan..Rugi klu tidak berusaha tuk dapatkan jika berpeluang….Situasi En.Adam sama mcm suami sy…Yg beza nye En.Adam cuba tuk berusaha sendiri n tye pendapat org lain…bagus tu…Suami sy, sy kena uruskan sbb sy tau sikap suami cm maner…tapi sy x salahkan dia…sbb memang dia dah mcm tuh….minggu nie sy try follow up dgn perkeso tuk tahu bila tarikh tuk temujanji kat Hospital Selayang tu…En.Adam…. harap2 n mudah2an kiter berjaya tuk dapat claims ke2 tu..En. Razif any new info or advise yg masih boleh berkongsi dgn kami yg boleh mengukuhkan lagi bila temujanji yg seterusnye…Tq.
[Reply]
Razifredz Reply:
December 26th, 2012 at 10:19 pm
Waalaikumussalam … betul tu puan siti, yang terbaik ialah buat rayuan. saya suggest yang penting jika boleh kena dapatkan laporan doktor yang lengkap, dapatka juga slinan x-ray jika boleh, dan jgn terlalu jujur dng doktor panel. Kita sakit kena bgtau doktor yg kita sakit. Kalau doktor tanya dah ok ke ni, jgn jawab dh ok .. confirm sukar nak dapat % nanti
[Reply]
Slm…..Sya nak tnya lps dpt laporan doc hri tu sya dh bgi kat socso, kmudian sya dh isi form utk buat tntutan yg kali ke 2, skrg ni tgh tggu surat utk jmpa doctor panel, tpi klau nak jmpa doctor panel nti nak bwak laporan doctor mcm mna, sbab laporan doctor yg ori pnya dh bgi kat socso, yg fotostat pnya adalah lah bleh ke? …..satu lgi kebiasaan nya klau jmpa doctor panel kat hsptal mna ek? kat hsptal yg kita msuk msa kita xcdent hri tu ke?…….. T.ksih ®™·
[Reply]
Razifredz Reply:
December 31st, 2012 at 9:02 am
Waalaikumussalam Zamrie … Berkenaan laporan doktor Takpe bawa je yg potostat tu. Biasanya bila kita minta laporan doktor dr pihak hospital mereka bagi yg ringkas je yg Dua tiga helai je. Yang itu pun dh memadai.
Temujanji dng doktor panel kat hospital mana tu kena tunggu Surat drpd socso. Biasanya ada Di Hospital Selayang, HUKM atau Hospital Klang. Jadi kena tunggu la.
Zamrie aksiden cedera bahagian mana ye. Apapun bila jumpa doktor panel nnt, doktor kebiasannya akan tanya dh ok ke blm. Sebolehnya jgn jawab dh ok. Katakan masih tk ok pd bahagian yg cedera tu. Doktor juga akan buat pemeriksaan pd bahagian yg cedera secara sentuhan mahupun menyuruh buat pergerakan. Jika disuruh buat pergerakan agak2 rasa sikit je katakan masih sakit pd doktor.
Kalau kita kata dh ok nnt Keputusan doktor Takut tak memihak pd kita. Boleh baca pertanyaan puan siti diatas yg mana suaminya dh mmg sakit tp keputusan doktor panel 0%. Terpaksa buat rayuan nnt.
Harap dpt membantu Zamrie, Maaf Agak lewat balas. .. Wassalam
[Reply]
T,ksih krna tlah brkongsi tips yg amat brguna pda sya,sbnar nya sya xcdent pda 8.Feb yg lpas, kcderaan sya cuma patah sbelah peha kanan kmudian msuk besi, lbih kurang 2 mnggu jgk sya dlm wad, kmudian dpt m.c smpai prtengahan bulan may, lps tu sya nak amik laporan doctor tpi phak hsptal britau klau nak dpt laporan doctor kna tnggu smpai kita hbis bwat rawatan baru lah bleh amik, sbab mreka ckp klau amik masa tu laporan doctor yg sya dpt tu x brape lengkap krna x hbis lgi temujanji dgn doctor….prtngahan blan Oct baru sya mohon utk laporan doctor, lbih kurang bulan Nov baru dpt skrg ni tgh tnggu surat utk temujnji dgn doctor panel tpi dh lbih dri dua mnggu jgk tggu ni tpi x smpai jgk lgi, sya nak try jgk call socso tpi faham2 je lah skrg ni kan dh hjung tahun,……lps hbs mnggu ni klau x smpai jgk nmpk nya kena lah call socso hri2 smpai dpt…insa-Allah nti ape 2 prkembangan sya akan info kat razifredz utk kita sama2 brkongsi pengalaman dan pendapat sesama kita…… T.ksih,,,,,®™·
[Reply]
Razifredz Reply:
December 31st, 2012 at 6:37 pm
Moga segalanya berjalan lancar masa bertemu panel doktor nnt. Socso ni memang camtu selalu nk kena follow up. Mungkin saya bernasib baik sbb semua urusan Agak mudah dr mula hingga dpt check … In Sha Allah tiada masalah nnt ye
[Reply]
Saya mengalami kemalangan jalanraya pd 3/12.
Patah tulang peha kanan dan tulang berdekatan buku lali.
Kaki kanan saya dah pendek 1cm dari sebelah kiri.
Boleh ke saya membuat tuntutan kekal..??
Ini kerana doktor yg merawat memberitahu adalah normal kaki tak sama panjang dlm linkungan 1 cm.
[Reply]
Razifredz Reply:
January 17th, 2013 at 11:06 pm
Salam saudara … Untuk buat claim mmg takde masalah, kecederaan saudara tu pun mmg dh kecatatan kekal
[Reply]
salam bro,
saya tak faham tuntutan yg pertama tu …kalau waktu mc , gaji jalan macam biasa , boleh ke dapat lagi claim dari perkeso ?
[Reply]
salam…linda xsident msa blik kerja 3hb12 dan dri ujian x ray da retak kt prglngn tangn.skrg msih dlm mc lg smpai 13hb2.2013 pstu kna jmpa doc lgi.linda x buat claim socso lgi. linda kerja kilang smua apa yg socso nk linda dh ada sprti report polis,lakaran tmpt kejadian n etc.skrg linda nk wt claim yg pertama linda kna prgi tmpt kerja suruh hr atau supvisor yg sain ka?sbb linda xtau lgsung n zero tntg socso ni.hrp saudara boleh tolong jwb coment linda ni.trima kasih atas info2 d atas amat brguna untuk org sprti linda yg xtahu apa2 tntg socso…
[Reply]
Razifredz Reply:
March 4th, 2013 at 12:02 pm
Salam … Claim Pertama kena hantar HR Dan uruskan dng mereka … Claim kedua kena buat sendiri pergi ke perkeso
[Reply]
hanya ingin berkongsi cerita saya, setelah saya menjalani Operation d urat keting yg telah putus dua pada 14/6/12 ketika menjalani latihan futsal pd 2/3/2012. saya dpt hospitalization leave selama 57 hari. pd 24/12/12 sy htr borang socso 21 n borang tuntutan. 21/1/13 saya dipanggil oleh pegawai socso utk saya ditemuduga oleh beliau bersama2 dgn wakil majikan tempat saya bekerja. kata pegawai tu tunggu dlm masa 2 minggu utk dptkan keputusan. follow-up dgn socso on 6/2/13 mengatakan saya hanya akan dibayar mengikut cuti sakit saya..tanya berapa percent..tak bgtau pulak..errmm..takpelah.. beliau memaklumkan pengeluaran cek sdg dlm proses. cek tersebut akan dipos ke alamat rumah… so, saya tunggu je lah :p
[Reply]
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman.
Saya telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta pada tahun 2009, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dengan motosikal. Saya telah dirawat selama selama sebulan di wad HTAR Klang atas kecederaan teruk di kaki (hancur tulang lutut). Satu pembedahan rumit selama 5 jam memasang plate besi dilakukan antara lutut dan atas keting kaki sebelah kiri. Selepas keluar dari wad, saya terpaksa berulang alik dua minggu sekali ke unit otopedik dan unit fisiotrapi untuk rawatan dan pemantauan susulan. Saya telah di beri cuti MC selama 6 bulan, dari hari kejadian hingga tamat MC.
Apa yang saya dapat dari PERKESO ??
1. Faedah hilang upaya sementara iaitu gaji saya atas kiraan PERKESO sebanyak RM2723 sebulan. Selain daripada itu Majikan membayar gaji saya seperti biasa selama 3 bulan pertama, 3 bulan berikutnya tanpa gaji. 3 bulan pertama adalah zaman mewah kononnya sebab dapat 2 x gaji.. nak buat ape, duit tak de makna dah masa tu menanggung sakit..hehe tapi Alhamdulillah.
2. Bil hospital dituntut kepada insuran syarikat dan faedah hilang upaya sementara selama 6 bulan juga dapat. mewah lagi….
3. Bil pembelian plate besi RM3000 dan alat bantuan tongkat RM60 berjaya dapat dari PERKESO
4. Faedah Hilang upaya kekal telah dituntut dari PERKESO pada tahun 2010. Disini saya nak bagi tips yg mungkin berfaedah:
Kes saya di failkan di PERKESO P.Jaya dan setelah di buat permohonan untuk claim ke 2 (HUK), saya telah dinyatakan bahawa akan dirujuk ke Hospital Selayang. Tapi saya telah merayu untuk memindahkan kes ini ke PERKESO Klang dan dirujuk kembali kepada Jemaah Doktor di HTAR Klang. Pemintaan saya diluluskan dan PERKESO Klang telah menetapkan tarikh untuk di rujuk kepada Jemaah Doktor HTAR Klang pada bulan Januari 2010. (Saya berpendapat Jemaah Doktor di Klang pasti akan meneliti kes ini dengan mendalam sebab pembedahan dilakukan di hospital tersebut). Kenyataan nya betul dan tepat..sebab salah seorang dari Jemaah Doktor tersebut adalah Doktor pakar yang melakukan pembedahan pada kaki saya. Dia lebih maklum.. Pada semua yg berada di hadapan Jemaah Doktor..anda kena jujur, kalau sakit cakap sakit, jangan nak jadi hero cakap tak sakit. Bukan berlakun tapi kena tunjukkan kenapa kita layak dapat pampasan ini. Masa 5 – 10 minit ini amat berharga. tp jgn tipu..doktor doktor tu tau..hehe. Selepas hampir 2 minggu, Perkeso Klang mengirim surat yang tuntutan saya di luluskan 5%…alhamdulillah.
Satu lagi, selepas Jemaah Doktor buat , bab rayuan ini boleh dibuat oleh 2 pihak , Kita atau PERKESO . Ini yang bahaya..kalau PERKESO anggap keputusan Jemaah Doktor terlalu tinggi maka PERKESO akan buat rayuan (tp jarang berlaku). Bagi kita pula, kalau kita buat rayuan..risikonya ialah samada % itu akan turun atau % akan naik kalau bernasib baik. Buat saya 5% ok…nak buat rayuan nanti diturun kan ke 3% tak ke rugi.. Ye tak ye tandatangan setuju je la…hehe.
Wassalam.
[Reply]
As salam.
************
Mohd Ibrahim January 17, 2013 at 3:33 pm
Saya mengalami kemalangan jalanraya pd 3/12.
Patah tulang peha kanan dan tulang berdekatan buku lali.
Kaki kanan saya dah pendek 1cm dari sebelah kiri.
Boleh ke saya membuat tuntutan kekal..??
Ini kerana doktor yg merawat memberitahu adalah normal kaki tak sama panjang dlm linkungan 1 cm.
***************
Saya masih dlm mc lagi..sebab ada masalah ‘non union’ atau percantuman tulang tidak berapa elok pd tulang peha saya. Selepas menjalani pembedahan kali kedua utk memasukkan tulang tiruan. Alhamdulilah ianya nampak bertambah baik sekarang.
Saya mendapat maklumat, masalah spt saya ada yg tidak mendapat pampasan dari socso kerana kaki tidak sama panjang boleh dibetulkan dgn menempah kasut khas.
Betul ke..?? perkara ini ada berlaku.
Saya masih belum membuat tuntutan lagi.. jadi saya risau perkara yg sama berlaku keatas saya.
Harap sesiapa yang ada pengalaman dapat membantu dalam perkara ini.
[Reply]
salam satu malaysia
sy khairul zeffrin ni sorg OKU masalah dengaran.. sy prnah bantuan PERKESO tpi dah dpt bantuan terima RM 300 tu saje??? tpi sy xfaham kenape2 bantuan PERKESO sikit2 sangat. KENAPE2 xsmpai rm 1juta??? tpi orang kampung tak nak ganti bayar sy..sesiapa suruh keluarkan sekor kambing…boleh tak sy nak tahan amaran siapa2 bebas haiwan sekor kambing ini…sy rasa geram lah xnk bayar bodoh.!! sekarang sy masih masalah sebab bahu kanan dah patah..sy kemalangan pada 10/8/2012 ari jumaat kira2nye jam 1.30 pagi masa bulan puasa selalunye..sy xsmpai dri rumah..tiba2 sekor kambing lalu terus langgar sy jatuh motorsikal dari jalan raya…sy rasa susah lah sakit lagi kadang2 sy xleh diam2 lagi sebab sy rasa xleh lah sakit tahan..apebila sy kadang2 sy rasa asyik2 sakit lagi, sy banyak layan2 temujanji kt hospital tanjung karang, selangor tpi bila buat pembetulan tulang bahu kanan sy..sy xmau suka2 sakit lagi…
kalau ada ape2 masalah telefon ayah sy ye….
Encik Zawidin B.Kasim Balai polis kuala selangor…
016-2938620
019-4455816
sekian terima kasih
khairul zeffrin b. zawidin
daripada ORANG KURANG UPAYA ( OKU )
[Reply]
Assalam bang..
Saya baru lepas eksiden mggu lepas masa waktu bekerja dalam perjalanan ke pahang untuk attend meeting untuk projek gomen . Sy tlh buat medical checkup di hospital ampang. My tulang bhg bahu didapati patah n need operation. This week admit wad untuk operation masukkan some kind of screw says doc la.. cuma nak tanya some procedure utk claim socso ni.
tqvm hope u can reply me at least i heard the sound basis of claiming socso… huhu
Melalui feedback cik dari komen2 yg lalu.. u state that we can claim up to two times satu company claim n satu lagi claim kita sendiri kan? For both amount tu which sound big amount? I concern if company claim much than than the my own 2nd claim nampak tak adil la pulak… yes they contribute for the fees but i yg suffer… jadi.. mmg confirm ada 2nd claim ni.. procedurewise untuk 2nd claim insyaallah saya boleh buat… all documentation will be ready… hopefully my office contributing my socso every month… i didnt have the fee track record… biasa la company kecil2an…
[Reply]
Salam..nk tanye sikit tulang jari kelingkig saya retak dan sekarang hujung ruas jari kelingking saya bengkok ke bwh.doc kate sbb urat tangan dh x elestik lg.jari saya tersepit di bawah palet barang yg tiba pecah.blh ke sy claim socso.claim cacat kekal
[Reply]
Salam En.Razif, masih igat kat sy lagi….kes suami sy patah tulang bahu buat tuntutan ke2 kali pertama jemaah doktor bg 0% n sy n suami telah buat rayuan jemaah doktor rayuan di HKL hr ini.Keputusan nye doktor cuma ckp tunggu surat dr perkeso nanti….maksudnye,kami kena tgu berape lama yer…n confirm ker boleh dpt peratusan tu….
[Reply]
Razifredz Reply:
February 27th, 2013 at 1:32 pm
Brp lama saya tak pasti … Biasanya paling cepat 2minggu, brp % dpt kena Tunggu Surat tu sampai dulu
[Reply]
Razifredz Reply:
March 4th, 2013 at 11:58 am
Biasanya paling lama 1 bln … Sabar sikit ye puan ..In Sha Allah ada rezeki tu
[Reply]
Salam En Razif, saya nak tnye ckit.. suami sye kemalangan motor pada 21/03/2013 masa blik keje..
die cedera mcm En Razif, patah tulang selangka.. urusan socso majikan die uruskan.. saya baca komen2 encik, encik de ckp prosedur claim kedua.. socso nie boleh claim dua kali ke? claim pertama 2 utk ape?
suami sye keje hotel, hotel basic die rendah.. mgkn dpt claim mgkn rendah.. socso ikt pada gaji jgk kn?
[Reply]
Razifredz Reply:
March 4th, 2013 at 11:54 am
Salam puan … Claim Pertama utk gaji Dan claim kedua utk kecederaan
[Reply]
Assalamualaikum seme..sy bru je dapat surat dri perkeso dan jemaah doktor menyataan sy mendapat hilang upaya kekal sebnyk 4 peratus.boleh sy tny agak2 brp pampasan bg 4 peratus tu ye?
[Reply]
Razifredz Reply:
March 4th, 2013 at 11:57 am
Dlm 15k keatas rasanya
[Reply]
salam
sy nk tya skit. Sy eksiden nov 2010. Kecederaan A.C.L
Saya dah setel 1st claim. Mc 280 hari. Dah selesai gak di bayar socso. Just nk tya la, 27/02/13 sy g jmpa jemaah doc kt ksptl kajang tp doc xtya ape pn.msuk dlm bilik tu x smpi seminit pn pastu dia soh balik n dia cakap tgu lg 2 mggu surat dr socso.
Rasa2 abg dpt ke % utk HUK?
Sekian
w’salam
[Reply]
Razifredz Reply:
March 4th, 2013 at 11:55 am
Salam .. susah nk kata .. kena Tunggu Surat dulu le
[Reply]
salam macam saya dapat 8% berapa nilai nya
[Reply]
Razifredz Reply:
March 11th, 2013 at 9:25 am
Mungkin dlm 20k – 30k atau lbh lg
[Reply]
age 35 dah berkhidmat selama 17 tahun
[Reply]
Saya adalah seorang pengawal keselamatan(bekas) dgn syarikat Keselamatan Kawalan Prima dan sebelum berhenti dari tugas saya ditempatkan di CIMB The Curve,Mutiara Damansara,Selangor.
Pada bulan April 2012 saya telah cuti tanpa gaji selama sebulan dan kemudian menyambung sebulan lagi.Akhirnya saya berhenti sendiri kerana masaalah kesihatan yang mana sakit saya masih tidak pulih dan semakin teruk pula.
Kali akhir saya menemui pakar OTOPEDIK di Hospital sg Buloh ialah pada 25hb.Feb 2013 dan akan menemui mereka lagi pada 25hb.Mac 2013 ini.
Pada 25hb Feb 2013 sewaktu menemui doktor dibhg OTOPEDIK saya telah dimaklumkan bahawa saya perlu menjalani pembedahan. Dicadangkan agar kaki kiri saya dipotong yakni potong atas dlm 5inci dari buku lali kaki saya. Sebelum ini saya telah bersetuju agar dua jari kaki kiri saya ..jari paling kecil dan sebelahnya dipotong tapi Ketua Jabatan OTOPEDIK telah membatalkannya serta discharge saya dari wad. Saya kemudian diminta datang semula pada 25hb.Feb 2013 dimana berita yang menakutkan lagi ngeri itu dimaklumkan pada saya oleh doktor yang bertugas pagi tersebut.
SoalanNya ..
Bagaimana kah caranya bagi saya mendapatkan bantuan termasuk bantuan Kewangan kerana tidak berkerja lagi serta tiada sumber lain untuk diri saya.
Apakah yang perlu lakukan bagi memenuhi tujuan tersebut serta syarat syarat nya.
Sekarang saya tidak boleh berjalan dengan baik dan tak mampu memandu maka saya sertakan alamat kediaman saya bagi membolehkan pihak PERKESO datang untuk siasatan terhadap diri saya serta masaalah saya itu.
Saya amat hargai kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara ini dan diucapkan terima kasih.
Ahli Perkeso Mohd Shariffuddin Bin Ahmad
tel 0361565196
[Reply]